Amat popular perkataan Sharing Is Caring kan, ya Sharing atau berbagi..itu adalah amalan yang baik,sebagai tanda kita prihatin kepada orang lain,selalunya Sharing is Caring ni dikaitkan dengan ilmu dan pengetahuan,baik isu-isu semasa atau bab yang menyentuh soal Agama.
BAGAIMANA SHARING IS CARING YANG BAIK?
Selalunya kita share atau berkongsi maklumat kepada rakan-rakan kita di media sosial,kita berdakwah contohnya,kepada mereka,tapi adakah apa yang kita Share itu mendatangkan manafaat kepada kita sendiri?,jika bermanafaat kepada orang lain Alhamdulillah,tp jika tidak mendatangkan manafaat,itu hanya perbuatan yang sia-sia.hanya sekadar tahu hari ini esok dilupakan.
Kebanyakan kita share apa yang difikirkan atau Ilmu yang orang lain dapatkan di Media Sosial,Adakah itu menjadi kesalahan? sudah pasti tidaklah salah,Jika mendatangkan manaafat,info yang berguna,jadi pedoman untuk diri kita sendiri,bahkan untuk orang lain sepanjang masa.apatahlagi bila kita berdakwah.
saya rasa lebih afdal jika apa yang kita share adalah kebanyakan pengetahuan atau Ilmu yang kita sendiri cari dan menjadi amalan kita.terutama sekali ketika kita berdakwah, jangan kita betulkan akidah orang lain,tapi akidah kita sendiri terabai,setakat suka-suka je nak berdakwah,atau menunjuk-nunjuk.itu adalah munafik kepada diri sendiri.
bermakna kita perbaiki diri kita dulu..sebelum berdakwah,dalam masa yang sama sedikit pengetahuan kita,kita share kat orang lain.tak mengapa.sekurang-kurangnya itulah apa yang dari diri anda.Ikhlaskan berbagi.
bukan apa kadang-kadang apa maklumat yang disampaikan oleh orang lain,belum tentu asalnya adalah sahih,tanpa kita mengkajinya.jika amalan ini diteruskan,kita hanya mendapatkan sesuatu yang dalam kebohongan,jadi dosa dari perkara haramkan.berbohongkan haram,orang bohong kita,kita pulak bohongkan orang lain,bila info kita diteliti oleh orang yang lebih berpengetahuan,didapati apa yang kita sampaikan tidak tepat dengan perkara sebenarnya.itu menjadi kekeliruan dalam diri kita.jika menjadi amalan orang lain.apa pula jadinyanya.. penyelewengan yang tidak disengajakan,
Jika kita hendak Share apa yang disampaikan oleh orang lain,walaupun kita bersetuju dengan apa yang disampaikan,Jika bab agama kita hendaklan menelitinya, Jika kita sudah banyak belajar,sudah pasti kita dapat kesan,info tersebut adalah tidak benar.terutama sekali tentang hadith sahih.kita lihat yang baik belum tentu baik.
itulah perkongsian yang baik...semoga memberi manafaat kepada kita,dan menjadi inspirasi yang berguna,supaya kita hidup sejalan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.baik untuk kita baik untuk orang lain.ikhlas dari diri kita sendiri.Insya Allah keberkatan yang kita cari,direstui Allah SWT.