TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

INFO SENSASI TAPI PALSU

Kebelakangan ini media sosial kerap digunakan untuk penyebaran maklumat palsu,oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,Apakah tujuanya? Wallahu A'lam.Permasalahan ini harus dibendung,kerana maklumat tersebut boleh mendatangkan kemudaratanya kepada orang lain,sebagai contoh, maklumat yang mengatakan gempa bumi akan berlaku di K.L,esok. menyebabkan orang ramai gelisah,tetapi maklumat tersebut tidak pernah dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia,atau budak menyelamatkan anjing ketika banjir di Johor,bila diteliti gambar yang dikaitakan dengan maklumat tersebut ternyata,maklumat tersebut bukanlah dari Johor tetapi,berlaku di luar Malaysia,

Bagi anda yang menerima sebarang maklumat,janganlah terus menyebarkanya,anda teliti dahulu akan maklumat tersebut,kerana penyebaran maklumat palsu adalah termasuk dalam jenayah cyber,facebook juga banyak pages-pages yang ketagih menyebarkan maklumat,bertanggungjawablah anda dalam, menjadi penyampai maklumat.


Tindakan yang di ambil SKMM, dalam Masalah Kandungan Dalam Talian

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua (2) peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di Internet, iaitu:

Seksyen 211:  Larangan Terhadap pemberian kandungan jelik

(1)   Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau menggangu mana-mana orang.
(2)   Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Seksyen 233:  Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1)    Seseorang yang –
(a)  dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar –
(i)      membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii)   memulakan penghantaran,
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain; atau
(b)   memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan.

(2) Seseorang yang secara sedar –
(a) Dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau
(b)  Membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi rangkaian di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3)   Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
Next Previous Home