Asslammualaikum W.B.T
Dunia selalu menggegarkan bencana alam seperti tsunami, banjir dan pelbagai lagi.
Terlebih dahulu marilah kita terokai tentang ayat Al-quran mengenai bencana alam
Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:
“Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”
Amaran Allah kepada manusia disebabkan atas perihal buruk berlaku akibat melanggar amanah supaya menjaga alam ini. Wallahualam banyak lagi petikan dari ayat Al-quran, sekadar peringatan kita bersama memberi kesedaran tentang bencana alam ini.
Sumber dari rakan whatsapp
Jabatan Metreologi Malaysia
menasihatkan agar semua warga Kuala Lumpur dan Putrajaya agar merancang perjalanan pulang dari tempat kerja dengan baik pada 27, 28, 29 dan 30 Oktober 2014. Dijangkakan ribut petir dengan angin selaju 80-100 km jam bersama hujan lebat akan melanda Kuala Lumpur dalam tempoh tiga hari tersebut pada setiap waktu petang. Dibimbangi pusaran puting beliung boleh berlaku dengan kelajuan angin seperti itu. Elakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalulintas, kawasan pokok dan kawasan mudah banjir. Sekian
Jabatan Meteorologi Nafi Sebar Amaran Puting Beliung
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)malam ini menafikan ia mengeluarkan amaran puting beliung dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Isnin.
Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan itu Alui Bahari berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan maklumat itu, yang kini tersebar dalam Whatsapp.
"Ia maklumat palsu...hentikan penyebaran maklumat itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Maklumat itu mendakwa kononnya ribut petir selaju 80 hingga 100 kilometer sejam (km/j) akan melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 27 hingga 30 Okt, yang dijangka boleh menyebabkan fenomena puting beliung di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA