Sebuah kehidupan atau Sekeping Sijil?
Di Malaysia, seorang tokoh seniman agung yang sangat berpengaruh berjaya memikat hati rakyat Malaysia di semua peringkat di kira yang muda apatah lagi yang tua. Tokoh seniman yang dimaksudkan itu ialah P. Ramlee. Walaupun beliau sudah meninggal dunia berdakd yang lalu, namun filem hasil lakonan dan arahannya masih mampu menghiburkan rakyat Malaysia sehingga hari ini. Setiap hasil karyanya cukup ‘evergreen’ malah menjadi inspirasi kepada artis-artis Malaysia untuk Berjaya dalam insustri hiburan. Sehingga hari ini dikatakan kehebatan P. Ramlee sukar ditandingi.
Antara kehebatan P. Ramlee ialah keupayaannya menonjolkan mesej-mesej positif yang bertemakan hal ehwal social di dalam setiap filem lakonan dan arahannya. Samada filem itu berbentuk komedi atau serius, ia tetap mempunyai mesej positif tertentu yang pasti mendidik setiap individu yang menontonnya.
“Apa pekerjaannya? Doktor? Peguam? Engineer (Jurutera) ?Majistret? Apa??? Ahli muzik…???
Itulah dialog yang sangat popular daripada filem ‘Ibu Mertuaku’. Filem ini memang amat menyentuh hati. Kekejaman ibu mertua ke atas Kassim menyebabkan setiap penonton berasa jijik dan sakit hati dengan sikap ibu mertua tersebut. Setiap penonton pasti akan berasa sangat kasihan kepada nasib yang menimpa si ahli muzik, Kassim.
Di sebalik dialog tadi, kita dapat melihat bagaimana P. Ramlee cuba memaparkan mentality masyarakat ketika itu yang sangat memandang tinggi kepada mereka yang bekerja dalam bidang profesinal seperti doctor, jurutera, peguam, majistret, hakim dan sebagainya. Masyarakat memandang rendah kepada ahli muzik. Secara tersirat, maksudnya ia bukan sekadar terhad pada erti ‘ahli muzik’, tetapi kepada mereka yang pekerjaan mereka tidak bergaji tetap sepertimana senarai pekerjaan yang dinyatakan tadi. Pekerjaan sebagai ahli muzik bolehlah dikategorikan sebagai satu perniagaan yang memerlukan sedikit penderitaan di awalnya tetapi memberikan pulangan yang tidak terbatas berbanding makan gaji.
Pada firasat saya, P. Ramlee cuba menjelaskan kepada masyarakat adalah tidak salah jika keluar dari arus mentality sempit masyarakat. P. Ramlee seolah ingin menyatakan kepadamasyrakat bahawa wujud manusia yang mempunyai ‘nilai’ mereka tersendiri yang tidak sempit dalam ruang lingkup doctor, jurutera, peguam, majistret, hakim, guru dan sebagainya. Tidak salah jika kita meminati sesuatu dan kita menjadikannya sebagai sumber pendapatan kerana di situlah letak nilai keistimewaan kita.
Mentaliti sempit masyarakat
Walaupun era P. Ramlee sudah lama berlalu, tetapi mentality ‘sempit’ sepertimana yang diceritakan tadi masih ada. Mungkin bertambah kuat atau mungkin juga semakin hilang ditelan masa. Tetapi apa yang pasti, ia masih ada.
Pada bulan Januari 2009, saya mendapat tahu ada seorang sahabat karib saya tidak dibenarkan kahwin dengan anak perempuannya hanya kerana sahabat saya itu tidak mempunyai sumber pendapatan seperti mereka yang makan gaji. Sahabat saya berniaga sebagai seorang perunding latihan dan motivasi. Ia masih belum cukup meyakinkan ibu bapa si perempuan bahawa kerja itu boleh menyara anaknya nanti.
Saya percaya anda pernah dan masih mendengar cerita sebegini. Malah mungkin anda sendiri menghadapi situasi sebegini!
Terdapat beribu-ribu siswazah menganggur kerana tidak mendapat pekerjaan. Mereka menggunakan ijazah untuk memohon pekerjaan sebagai pegawai kerajaan, guru sekolah dan di sector-sektor swasta. Menghadiri sesi temuramah sana-sini, menghabiskan beratus ringgit hanya kerana membuat resume dan tambang perjalanan menghadiri temuramah. Antara alasan popular para siswazah menganggur ialah, “Aku TAK DAPAT kerja.”
Ijazah penentu hidup?
Soalnya, adakah dengan sekeping sijil bernama ijazah maka ia menentu kehidupan anda 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun malah 50 tahun akan datang? Robert T. Kiyosaki tidak bersetuju dengan doktrin, “Belajar bersungguh-sungguh, dapat keputusan yang cemerlang, dapatkan kerja yang baik dan hidup bahagia.” Bagi beliau, kehidupan bukan ditentukan oleh sekeping ijazah. Memiliki ijazah itu bagus kerana ia member nilai tambah kepada kita. Tetapi ia tidak menjamin segalanya.
Ramai orang hari ini memusnahkan potensi diri hanya kerana sekeping ijazah. Ramai orang hari ini menghancurkan benih pengaruh di dalam diri kerana terlalu beriman dengan ijazah. Sedangkan ramai orang boleh berjaya dengan melibatkan diri dalam bidang yang bukan sepertimana ijazah yang dimiliki mereka. Sebabnya mudah, kerana mereka tahu benih yang menjadi nilai mereka, mereka tanam benih tersebut, menyemaikannya sehingga menjadi hasil yang luar biasa!
Perhatikan orang-orang yang berjaya, karier mereka tidak ada kaitan langsung dengan ijazah yang mereka perolehi. Ini bukan bermakna tahun-tahun diuniversiti disia-siakan begitu sahaja. Sebaliknya pengalaman di universiti digunakan melebihi batasan subjek dipelajari sehingga memperoleh hasil diluar batasan silibus pelajaran.
anda yang ingin bermagnet diri....bolehlah mengujungi laman blog rasmi Amin Idris di: