TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

PENIPUAN MELALUI SMS ( DIDEDAHKAN OLEH PDRM )




Telah terkesan aktiviti bersindiket yang cuba memperdayakan mangsa melalui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar secara rambang kepada pemilik telefon bimbit.
Mesej tersebut mendakwa bahawa mangsa merupakan seorang peminjam dari sebuah bank dan mempunyai tunggakan bayaran.
Sehubungan itu, bayaran perlu dibuat dalam tempoh tertentu dan tindakan undang-undang akan diambil jika gagal berbuat demikian.
Hasil semakan, ombor-nombor berikut dipercayai digunakan sindiket bagi memperdayakan mangsa:
1. Talian 03-2169 6162 atau 03-2169 6165 TIDAK WUJUD dalam rekod Telekom Malaysia (TM) sebagai talian rasmi mana-mana bank berdaftar.
2. Panggilan dari talian 012-376 3356 yang disambung terus kepada mesin suara sebuah bank, adalah semata-mata untuk meyakinkan mangsa untuk mempercayai bahawa panggilan tersebut adalah dari bank yang dimaksudkan
Bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa sindiket terbabit, anda dinasihatkan untuk mengabaikan SMS yang diterima dan tidak memberi maklum balas kepada nombor yang diberikan.
Jika benar anda ada membuat pinjaman dengan bank, dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada bank terbabit sekiranya anda menerima SMS seumpama itu.
Untuk makluman, mesej yang dihantar oleh pihak bank akan hanya menggunakan nombor lima (5) digit (contoh 66300 /62886 /66399) untuk berurusan dengan pelanggan.
ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
BUKIT AMAN
Next Previous Home