TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

PUTING BELIUNG DI MALAYSIA


TENTANG PUTING BELIUNG

Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.

Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.

Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.

Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.

Puting beliung dikategori mengikut Skala Fujita, daripada F0 sehingga F5. F0 mempunyai kelajuan angin paling rendah manakala F5 mempunyai kelajuan angin paling tinggi.

Amerika Syarikat adalah negara yang paling banyak mengalami bencana puting beliung tetapi ini tidak bermakna negara-negara lain tidak akan mengalami bencana ini. Puting beliung boleh terjadi di mana-mana tempat di dunia termasuklah Malaysia. Kawasan yang paling kerap dilanda ribut petir di Amerika Syarikat ialah di kawasan lembangan yang dilindungi Banjaran Rocky dan Banjaran Appalachian. Kawasan tersebut dikenali sebagai Lembah Puting Beliung (Tornado Alley).

Puting beliung amat sukar diramal dan ia hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonimbus dikesan oleh radar Doppler. Akibatnya, penduduk di kawasan yang diramalkan akan dilanda puting beliung hanya mempunyai masa yang sangat terhad untuk pergi ke tempat perlindungan.

Malaysia juga dilihat tidak ketinggalan untuk menerima kehadiran puting beliung sebagai salah satu fenomena alam yang agak unik di negara tersebut. Berikut adalah senarai peristiwa puting beliung yang utama terjadi di Malaysia pada mutakhir ini:

Puting beliung Kota Damansara (13 Jun 2010) - suatu ribut puting beliung yang amat dasyhat telah melanda Kota Damansara. Diantara kawasan perumahan yang terlibat ialah Seksyen 6,7,8,9 dan 10. Kawasan yang paling teruk menerima kesan ribut ialah perumahan PPR Seksyen 8 Kota Damansara. Di kawasan ini lebih 30 gerai penjaja daripada golongan berpendapatan rendah termusnah apabila angin kuat ribut puting beliung merosakkan semua kanopi gerai. Ada juga gerai-gerai yang terangkat terus dan di lemparkan beberapa meter jauh oleh ribut tersebut. Selain itu dianggarkan juga sebanyak 120 pokok besar tumbang, kira-kira 30 buah motosikal di tempat letak kenderaan terbalik, gerai-gerai roboh dan hampir 29 buah kereta rosak dihempap pokok dan lori turut terbalik.

 Puting beliung Perlis (28 Oktober 2010) - Berlaku di sekitar kawasan Jejawi. Lebih 50 rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi rosak akibat angin puting beliung 

Puting beliung Pulau Pinang (15 November 2010)- Berlaku di kawasan Gurney, Pulau Pinang, Malaysia. Berlaku kira-kira pukul 6.30 petang.
Puting beliung di Pendang, Kedah (14 Oktober 2014) - Berlaku di Kampung Alor Besar mengakibatkan 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah mengalami kerosakan.




PUTING BELIUNG DI PANDAMARAN 21/10/14

PELABUHAN KLANG: Kira-kira 30 rumah di Pandamaran, di sini, dilapor mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dan angin kencang, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu membabitkan dua blok pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Lee Fu Hae, berkata dalam tempoh hanya 30 minit beberapa kawasan terutama di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran mengalami kerosakan teruk akibat ribut berkenaan, termasuk pokok tumbang dan rumah rosak.

KESAN KEROSAKAN




VIDEO TERKAIT



PUTING BELIUNG DI KEDAH 14/10/14

Kuala Lumpur -Media sosial sejak tengah hari tadi gempar apabila para pengguna Facebook mula memuat naik gambar puting beliung yang dikatakan berlaku di Pendang, Kedah.

Menurut pengirim gambar yang menyaksikan fenomena puting belung itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku ekoran angin kencang dan hujan lebat sejak pukul 4.30 petang tadi.

Walau bagaimanapun SuaraTV gagal menghubungi Jabatan Meteorologi Malaysia bagi mendapatkan pengesahan lanjut berhubung fenomena tersebut.

Puting beliung berkelajuan lebih 80KM/j itu terbentuk dari pusaran angin itu jelas kelihatan oleh orang ramai yang menggunakan lebuhraya utara selatan yang menghala ke selatan.

Beberapa buah rumah di sekitar Kota Sarang Semut juga dikatakan mengalami kerosakan apabila bumbung rumah diterbangkan oleh puting beliung tersebut.

Tiada laporan kecederaan yang dilaporkan setakat ini.





KESAN KEROSAKAN 






KOTA SETAR 30/10/14

Alor Setar: Lebih 30 rumah di sekitar daerah Kota Setar rosak teruk selepas dilanda puting beliung dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi.

Difahamkan, antara kampung yang terbabit ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian pada jam 5.22 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja dengan kekuatan enam anggota diketuai Pehawai Bomba Khairil Anuar Said dikejarkan ke lokasi salah sebuah lokasi iaitu di Taman Mergong Jaya.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati rata-rata rumah penduduk rosak teruk di bahagian bumbung dan garaj rumah akibat diterbangkan angin.

"Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Jumlah sebenar rumah yang rosak masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya




Next Previous Home