TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

MH17



Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17/MAS17), juga dikenali sebagai Penerbangan 4103 KLM (KL4103/KLM4103) melalui perkongsian kod, adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah terhempas berdekatan Torez di Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan Rusia pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat tersebut maut.

Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk oleh para pemisah bersenjata semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).

Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang.


KEJADIAN

Penerbangan 17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam pada 17 Julai 2014, jam 10:31 pagi (UTC) dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10:10 malam (UTC).[11] Pada sekitar jam 15:30 UTC, Penerbangan Malaysia mengesahkan melalui Twitter bahawa ia telah "putus hubungan" dengan penerbangan MH17 ketika pesawat itu berada kira-kira 30 km dari waypoint TAMAK, kira-kira 50 km daripada sempadan Rusia-Ukraine.Pesawat ini membawa 280 penumpang dan 15 krew, dan kesemua mereka dalam pesawat dilaporkan terkorban, namun laporan ini masih belum disahkan secara rasmi.

Pesawat ini terhempas di perkampungan Hrabove, di luar bandar Torez yang terletak dalam Donatsk Oblast di timur Ukraine. Bangkai dan cebisan pesawat dilaporkan bertebaran dalam kawasan berdiameter 15 km (9 batu).

PENUMPANG DAN ANAK KAPAL

Penerbangan tersebut memiliki dua kaptens, Kapten Wan Amran Wan Hussin dari Kuala Kangsar dan Eugene Choo Jin Leong (Bahasa Cina: 朱仁隆 Zhū Rénlóng dari Seremban, dan dua pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi dan Muhd Firdaus Abdul Rahim.

Penerbangan Malaysia telah mengesahkan bahawa terdapat 283 penumpang dan 15 anak kapal di atas kapal MH17.Tiada yang selamat.Sebilangan wakil dari Persatuan AIDS Antarabangsa berada di penerbangan dalam transit ke persidangan yang diadakan di Melbourne, Australia, termasuk Joep Lange, bekas presiden persatuan.Mangsa lain termasuk ahli senat Belanda Willem Witteveen, isteri dan anak perempuannya,penulis buku Australia Liam Davison dan isterinya,Shuba Jay,serta Siti Amirah, nenek tiri Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

SISATAN
Pada hari kejadian, satu mesyuarat telah diadakan di Kiev di antara Kumpulan Hubungan Tiga Hala (Trilateral Contact Group) yang terdiri daripada wakil-wakil atasan Ukraine, Rusia dan Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), dengan wakil kumpulan gerakan pemisah di Donetsk yang dihubungi melalui sidang video. Dalam mesyuarat ini, wakil gerakan pemisah telah mengatakan bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Ukraine untuk menyiasat hal kemalangan ini.Namun, pada 18 Julai, kumpulan pemisah tersebut tidak membenarkan OSCE untuk memasuki kawasan tempat kejadian. Sekumpulan 15 peninjau telah melawat kawasan nahas, tetapi mereka tidak mempunyai kebebasan untuk melakukan kerja mereka, dan mereka meninggalkan tempat kejadian 75 minit kemudian.Menurut Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan Ukraine, semua bahan bukti telah dirampas oleh kumpulan pemisah, dan kumpulan Khidmat Kecemasan Negeri "bekerja dengan diacukan senapang".

Pada 18 Julai, dilaporkan kotak hitam MH17 telah ditemui oleh kumpulan pemisah.

Pada 21 Julai, Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib bin Abdul Razak menyatakan beliau telah diberitahu oleh Alexander Borodai, pemimpin Republik Rakyat Donetsk, yang kedua-dua kotak hitam itu akan diserahkan kepada pasukan Malaysia.Perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit itu diserahkan kemudian di Donetsk. Pasukan Malaysia melaporkan kedua-dua perakam berada "dalam keadaan baik"

PUNCA
Penerbangan 17 berkemungkinan besar telah ditembak jatuh oleh sistem misil Buk, namun tidak ada pihak – sama ada kumpulan gerakan pemisah, tentera Ukraine atau Rusia – yang mengaku terlibat dengan insiden ini. Beberapa sumber mengatakan pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh kumpulan gerakan pemisah, berdasarkan satu pos yang telah ditulis oleh Igor Girkin, komander Militia Penduduk Donbass, di laman sesawang VKontakte, di mana beliau mengatakan yang mereka "telah memberi amaran – jangan terbang di 'langit kami'". Pos tersebut menyebut tentang sebuah AN-26, kapal terbang pengangkut milik tentera Ukraine, yang telah ditembak jatuh dan terhempas berdekatan sebuah lombong di Torez, bandar di mana MH17 terhempas. Pos ini dipadam apabila Strelkov mengetahui bahawa pesawat yang ditembak itu bukan pesawat tentera, tetapi adalah pesawat komersial.Pusat Media Krisis Ukraine mengatakan bahawa kumpulan pemisah mungkin telah tersalah anggap MH17 sebagai pesawat tentera Ukraine





Next Previous Home