TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

KETUM

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.


DAUN KETUM DIWARTAKAN DADAH BERBAHAYA

Pelaksanaan undang-undang daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan pertama pada tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, warta berhubung peruntukan undang-undang khusus untuk daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya itu telah diserah kepada Peguam Negara untuk ditandatangani.

"Pada 19 Ogos lalu, Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr. S. Subramaniam) telah menandatangani warta supaya daun ketum diletak dalam jadual Akta Dadah Berbahaya dan warta itu telah dihantar kepada Peguam Negara," katanya selepas merasmikan Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum di sini semalam.

-kosmo-

FATWA PENGHARAMAN AIR DAUN KETUM

 Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 03 Oktober 2005 bersamaan 09 Syaaban 1426 telah membincangkan mengenai Air Daun Ketum. Mesyuarat memutuskan bahawa meminumnya sehingga memabukkan dengan dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain maka hukumnya adalah haram.
Keterangan/Hujah: 

Daun ketum asal hukumnya adalah harus yang mana kebanyakan masyarakat menggunakannya untuk tujuan perubatan herba atau tradisional. Akan tetapi telah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat sehingga memabukkan atau dengan mencampurkan bahan-bahan lain maka hukumnya adalah haram.
Next Previous Home