TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

BRIM 2015

Kadar bayaran BR1M 4.0 Tahun 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia. Dalam bajet 2015, Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mengumumkan kadar BR1M 2015 dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan akan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Namun begitu, pembayaran BR1M 2015 bagi isi rumah berpendapatan RM3000 kebawah dan berpendapatan RM3000-RM4000 akan dibayar secara tiga kali ansuran setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September. Manakala kategori bujang berumur 21 tahun keatas dan berpendatan tidak melebihi RM2000 akan dibayar sekaligus pada bulan Januari 2015.


Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950

RM950: Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.
Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750

RM750: Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350

RM350: Kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.
Bonus Skim Khairat Kematian

Kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat. Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Next Previous Home