PARIS – Lubang gunung berapi di sebuah lokasi rahsia di Laut Carribbean didapati mengandungi ribuan udang kecil yang tidak diketahui spesiesnya.
Menurut para penyelidik, lubang itu terdapat di selatan Kepulauan Cayman, lima kilometer di bawah permukaan laut.
Penemuan itu dibuat menerusi satu ekspedisi pada 2010 yang diketuai oleh seorang ahli geokimia marin Pusat Kelautan Kebangsaan Britain dan Jon Copley seorang ahli biologi di Universiti Southampton
HARIAN METRO