TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

1MALAYSIA-NAJIB RAZAK.COM


Perpaduan Menjamin Kestabilan Negara

Cantik sungguh berbaju kebaya,
Dipakai bersama kasut berbatu,
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.

Cantik sungguh pantun di atas, walaupun ringkas tetapi ‘dalam’ maksudnya. Itulah keunikan rakyat Malaysia, satu negara yang berbilang kaum yang di dalamnya berbilang bangsa hidup aman dan damai.

Siapa sangka, negara yang mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, kekal aman sehingga kini walaupun mempunyai rakyat yang berbeza agama, budaya dan amalan hidup. Melayu, Cina dan India adalah tiga kaum utama di Malaysia, di samping kaum Bumiputera lain di Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum ini membuatkan Malaysia unik di mata dunia.

Mengapa perpaduan itu penting? Perpaduan dapat menjamin kestabilan negara. Andai negara mempunyai rakyat yang sering berpecah belah, tiada toleransi antara satu sama lain, sudah pastinya Malaysia tidak akan maju dan berjaya seperti hari ini. Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Peribahasa “rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi hati dan keinginan manusia adalah berbeza. Namun, menyedari kepentingan perpaduan di dalam negara majmuk ini, kita semua mampu bersatu dalam menjamin keharmonian Malaysia.

Kesimpulannya, perpaduan kaum dapat menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik. Ayuhlah kita rakyat Malaysia terus bersatu demi keharmonian negara!

bagi anda yang ingin mengikuti web PM sila kunjungi:

Next Previous Home