TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

KAHWIN LARI


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

    Pernikahan itu mengikut rukun nikah
     
    Pernikahan itu melebihi dua marhalah
     
Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
     
Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

pasangan yang bernikah diluar Malaysia hendaklah mendaftar pernikahan mereka di Malaysia,selepas bernikh diluar negara,bagi memudahkah urusan syariah dan urususan pendaftaran anak yang bakal dilahirkan,atau urusan yang berkait dengan keganasan rumahtangga.


 
Antara punca kahwin lari ialah:

1)    Tidak Mendapat Persetujuan Ibu Bapa

Antara penyebab utama seseorang itu mengambil keputusan untuk kahwin lari ialah disebabkan tidak mendapat persetujuan atau restu daripada ibu bapa.

Pasangan yang sedang bercinta ini sudah mengambil keputusan untuk berkahwin dan meluahkan hasrat mereka kepada ibu bapa.Namun, niat tersebut telah ditolak secara mentah-mentah oleh ibu bapa mereka. Pelbagai sebab yang menjadi peghalang daripada mendapat izin ibu bapa.

Antara ‘sebab’ yang popular ialah ibu bapa sudah mempunyai pilihan mereka masing-masing, pasangan tidak setaraf atau tidak bekerjaya, mempunyai ikatan permusuhan dengan keluarga kekasih anak mereka dan sebagainya.

Apabila niat murni mereka telah ditolak, situasi ini akan membuatkan mereka menjadi tertekan untuk menunaikan keinginan untuk hidup bersama dengan orang yang disayangi. Lantaran itu, mereka tidak teragak-agak untuk membuat keputusan mudah iaitu kahwin lari.

2)    Berpoligami

Selain itu, antara punca kahwin lari ialah apabila seseorang itu ingin berpoligami. Sudah menjadi lumrah dan fitrah bagi mana-mana wanita dan isteri, mana mungkin mereka akan mengizinkan suami mereka untuk berkahwin lain. Kebanyakan wanita tidak sanggup berkongsi kasih sayang dengan orang lain tanpa sebab yang kukuh.

Ada pihak isteri yang lantang dan akan bersikap agresif apabila suami meluahkan hasrat atau mengetahui hajat suami mereka untuk berkahwin lagi dengan wanita lain. Keadaan ini menyebabkan ramai lelaki mengambil langkah selamat dengan melangsungkan perkahwinan kedua mereka secara kahwin lari di negara seberang yang membolehkan rahsia perkahwinan tersebut selamat dan tertutup rapi.

3)    Keterlanjuran

Antara sebab lain kepada punca kahwin lari ialah apabila pasangan anak muda, yang masih kudus dan naïf dalam alam percintaan telah menyerahkan mahkota dan kesucian mereka seawal usia muda dan ketika masih belum mempunyai ikatan yang sah sebagai pasangan suami isteri.

Akibat daripada keterlanjuran tersebut  mereka jadi serba salah dan ingin memikul tanggungjawab di atas kekhilafan yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi jika pasangan perempuannya itu disahkan mengandung.

Sesetengah ibu bapa akan melarang  anak mereka yang masih dianggap mentah itu berkahwin. Apatah lagi, jika ingin berkahwin semata-mata mahu menutup aib yang disebabkan ketelanjuran mereka  itu.

Jadi, anak-anak ini akan mengambil keputusan untuk menutup malu dan meneruskan hubungan percintaan mereka itu dengan tindakan kahwin lari tanpa memperdulikan keputusan yang telah dibuat oleh keluarga masing-masing.

Ibu bapa yang melarang anak mereka yang  ingin berkahwin kerana ketelanjurannya, mereka seolah-olah mendidik anak supaya  melepaskan diri daripada tanggungjawab terhadap kekhilafan yang telah dilakukan.

4)    Nikah Gantung

Antara sebab lain punca kahwin lari adalah kerana ada pasangan yang ingin melangsungkan nikah gantung. Selalunya golongan yang melakukan nikah gantung ini adalah golongan yang masih sibuk dengan pengajian mereka.

Nikah gantung ialah perkahwinan yang mana suami hanya akan memberikan nafkah batin melalui perkahwinan ini. Mereka akan menghabiskan pengajian, kemudian barulah mereka akan duduk serumah sebagai suami isteri serta menjalankan tanggungjawab masing-masing setelah tamat pengajian atau apabila sudah mendapat kerja tetap.

Mungkin cara ini dilakukan kerana ingin menyembunyikannya daripada pengetahuan ibu bapa atau mahu melangsungkan ia secara tertutup, kemudian apabila tamat pengajian, barulah keluarga dan pasangan ingin melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran.

Jelas, terdapat pelbagai penyebab kahwin lari serta pro dan kontranya.

Pelihara institusi kekeluargaan supaya perkara sebegini tidak berlaku dalam lingkungan keluarga anda.

Semua pihak yang terlibat harus duduk berbincang dan bermuafakat, lebih-lebih lagi jika perkahwinan yang ingin dilangsungkan itu punya pelbagai masalah. Ingatlah, perkahwinan adalah sesuatu perkara yang mulia dan disukai oleh Allah S.W.T, janganlah merosakkan dan mengkucar kacirkannya
Next Previous Home