TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

BULI LAGI,LAGI LAGI KES BULI DI SEKOLAH

SEKADAR HIASAN

video dibawah,Kes buli dalam Asrama yang dilaporkan TV3 petang tadi,dan sudah pastinya tersebar di laman facebook,semakin menjadi - jadi kes buli di Sekolah,seolah-olah sekolah bukan lagi tempat yang aman,sampai di asrama pun terjadinya keganasan, ini sudah tahap gansterism dah,Apa sudah jadi dengan budak-budak sekarang,Apakah Buli dikalangan pelajar ini,sudah menjadi budaya.





Kes buli yang heboh beberapa hari lalu,


Satu video kes buli pelajar tersebar dalam laman sosial Youtube sejak semalam, menjadi viral apabila merakamkan sekumpulan pelajar memukul dan membelasah sekumpulan pelajar lain. Video berdurasi lebih 4 minit ini dipercayai dirakam di sebuah asrama. Dalangnya dipercayai memakai singlet hitam bersama 4 rakannya,memukul dan menedang pelajar lain dipercayai junior mereka. Video tersebut turut disebarkan di laman Facebook. Selain disifatkan sebagai melampau , tindakan pelajar ini amat memalukan dan tidak beretika sebagai seorang pelajar . Diharapkan, tindakan segera perlu diambil bagi membendung kes seperti ini berleluasa dalam Institusi Pendidikan Negara

-TV9-


KUALA NERANG: Maktab Mahmud Padang Terap di sini menafikan pelajarnya terlibat dalam kes buli di asrama sekolah itu yang rakaman videonya tersebar luas dalam laman sosial Facebook.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah itu, Mohd Zulqurnain Mohd Yusof berkata pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Nerang hari ini untuk membersihkan imej sekolah serta pelajarnya.

Katanya beliau menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang memaklumkan mengenai video tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi, yang mendakwa kejadian buli berlaku di asrama sekolah itu.

Sementara itu Ketua Ketua Polis Daerah Daerah Padang Terap, DSP Ahmad Nasir Jaafar berkata hasil pemantauan anggotanya menunjukkan keadaan bilik asrama yang menempatkan 140 pelajar lelaki itu tidak sama dengan yang ditunjukkan dalam klip video itu.

Katanya terdapat banyak perbezaan antara bilik asrama tersebut dengan yang ada dalam video tersebut, warna cadar dan selimut, kedudukan katil, dan warna dinding.

"Kita boleh katakan kes buli seperti dalam video itu tidak berlaku di Maktab Mahmud Padang Terap," katanya

-Astro Awani-
Next Previous Home