Berselfie kemudian mengupload photo selfie, sudah menjadi budaya dikalangan pengemar media sosial,mungkin tidak menjadi kesalahan berselfie atau upload photo kita ke laman sosial, untuk dikongsikan kepada follower atau rakan-rakan di media sosial,
Namun sedarkah kita bahawa ada keburukan disebalik upload photo ke media sosial,Apa Yang Kita Kata Baik Pasti Ada Keburukanya.
Menurut Hukum Islam, Niat tidak menghalalkan cara.segala perbuatan itu bergantung dengan niat.
1) Jika Photo yang diupload di Media Sosial,adalah,untuk menunjuk-nunjuk atau ingin mendapat pujian itu adalah haram.Haramnya adalah Niat menunjuk-nunjuk dan minta dipuji.menunjuk-nunjuk pula dalam kategori riak.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya perkara yang menakutkan, yang mana aku takut berlaku ke atas kalian ialah syirik kecil." Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, apakah itu syirik kecil?" Nabi menjawab: "ar-riak (menunjuk-nunjuk). Allah ta'ala akan berkata kepada mereka (orang yang riak) di masa hari penghitungan amalan: "Pergilah kamu kepada apa yang kamu pamer-pamerkan semasa kamu di dunia. Adakah kamu mendapati apa-apa kebaikan dari perkara yang kamu pamer-pamerkan itu?"(riwayat Ahmad )
2) Jika Photo yang diupload di Media Sosial tidak menutup aurat,tidak sopan,atau berunsur yang tidak baik moralnya. itu adalah haram.contohnya dalam photo tersebut sedang meminum arak,berpelukan dengan kekasih,dalam kelab malam,sedang merokok dan lain-lainya.ini menjadi contoh yang tidak baik kepada orang lain.
Kita sebagai umat yang beriman kepada Allah Azza Wajjala,hendaklah patuh kepada perintah dan laranganya.setiap apa yang dikatakan tidak baik,pasti mendatangkan kemudaratan pada kita.Wallahu A'lam.
KESAN BURUK LAIN:
Photo yang diupload ke media sosial,mudah untuk didownload tanpa pengetahuan kita,dan photo kita disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ( Jenayah Cyber ).photo kita digunakan untuk melakukan perkara fitnah,kerana orang yang sebenar memfitnah berselindung disebalik photo kita di media sosial,atau photo kita,digunakan untuk perkara khurafat,contohnya santau,atau di guna-guna ( Ilmu Hitam ) atas tujuan yang tidak baik.biasanya dilakukan oleh peminat kita yang mencari jalan mudah untuk menambat hati atau memuaskan kehendaknya. Perkara ini memang pernah berlaku. Jauhkanlah perkara syirik.
Jadi pertimbangkanlah bagi anda yang sudah ketagih upload photo ke Media Sosial untuk dijadikan Album.terutamanya kaun Wanita.Bertanggungjawablah kepada diri anda sendiri.
Sebaik-baiknya ketika kita upload photo untuk dikongsi kepada rakan-rakan media sosial, adalah photo yang dapat memberi tauladan yang baik atau motivasi atau inspirasi kepada orang lain,berdakwa melalui photo,jika photo peribadi cukuplah sekadar orang mengenali kita,tak perlulah, satu Album ada seratus photo selfie.seratus gaya posing. kita ingin kehidupan kita menjadi baik,maka lakukan perkara baik juga,Insya Allah, Allah akan menrima amalan baik kita.
- renung-renungkanlah -