TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

ISU SUBSIDI RON95 DIHAPUSKAN



Subsidi minyak RON95 dihapuskan mulai 1 Disember

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.

"Subsidi bagi RON95 akan dihapuskan dan harga minyak akan bergantung kepada harga pasaran dunia.

"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.


Harga minyak ‘NAIK’ lagi, rakyat Malaysia marah, bengang

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Hari ini secara rasminya kerajaan mengurangkan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa jam 12.01 awal pagi tadi.

Sejak itu, kita dapat lihat pada malam semalam semua stesen minyak dibanjiri dengan kenderaan dimana rakyat Malaysia ingin mengelak daripada membayar harga minyak baru yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Walaupun jika dilihat semula hanya RM 0.20 sahaja subsidi diturunkan, tetapi bagi pengguna jalanraya yang memandu kereta setiap hari untuk ke tempat kerja sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada pemandu tersebut.

Rata-rata rakyat Malaysia yang paling banyak terjejas hasil daripada kenaikkan harga minyak ini adalah golongan muda yang baru memulakan kerja dan golongan yang berpendapatan sederhana.

Sehubungan dengan itu, pemimpin negara terutama sekali daripada parti pembangkang lantang mengutuk tindakan daripada kerajaan persekutuan dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN) mengurangkan subsidi minyak melalui laman sosial Twitter peribadi milik mereka.

Pihak The Malaysian Times (TMT) berjaya mendapatkan beberapa komen daripada mereka menerusi laman Twitter. Antaranya ialah:

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Lee Chean Chung: “#minyaknaik20sen Rakyat bakal tanggung RM1200 setahun. Tak termasuk barang lain yg turut naik”

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad: “Harga minyak naik lagi! Mlm tadi brderet kreta d stesyen minyak. Ada yg kata 20 sen shj? Haprak! Blm dkenakn GST lagi! Rkyt terus dtindas..”

Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan: “Where’s the so called BN “cybertroopers” can’t see any tonight – maybe busy refueling at petrol kiosks since fuel price increasing.”

Adun Teja, Chang Lih Kang: “Oil price hike? Told you edy what, for sure they’ll increase b4 GST. Do you believe, there’ll be one more round b4 GST implementation?“

Ahli DAP, Dyana Sofya: “So berapa bnyk budget makan nak potong bulan ni utk cover minyak?”

Ahli PKR, Rozan Azen Mat Rasip: “maka dlm lrt-maka ramai yg duduk tidur sbb MINYAK NAIK 20 SEN. maka kekal koma!”

Selain itu, tidak terkecuali juga isu kenaikkan harga minyak ini telah menjadi viral di Twitter dimana hampir kesemua rakyat Malaysia terutama sekali golongan muda mengeluh tentang hal ini.

Antaranya ialah:

Haris Zuan @HarisZuan: Hakikatnya, minyak tidak pernah dinaikkan,, cuma subsidi dirasionalisasikan sahaja. #CadanganJawapanMenteri

ძმηηყ ✬ ‏@DannySevens: memandangkan minyak naik harga, so aku jalan cuti cuti malaysia pakai google street view, JIMATTT DUIT, terima kasih google :

R A Z A N I_10™ ‏@razani18694: semua orang marah pasal minyak.. hai kerajaan.. x faham2 lagi ke..

Irfan Abdullah ‏@IrfanAbdullah_ : Bila harga minyak naik, Harga barang2 lain pun naik.

Sinatra ‏@rdnib: Instead of letak label “Mudah Terbakar” dekat tankers minyak, baik tukar ke “Mudah Naik Harga”

udey saiful iswadi ‏@udeyxiswadi: kensel balik kampung beraya, harga minyak naik.

Fauzan ‏@fauzanhakimii: “Harga minyak masih kekal,  cuma subsidi minyak yang dikurangkan.” bila la nak “Harga minyak masih kekal,  tapi subsidi minyak dinaikkan.”

khairul naim ‏@naimabdulrazak: Minyak naik 20 sen???!!!jawapannye aku akan bersama ngan my kancil smpai dia jahanam la jwbnye…haha..

NUTS3LLA ‏@idanurasella: Gaji bulan depan aku nak bajetkan, 300duit minyak sebulan, 100 makan sebulan.

Δmree® ‏@Derping_Derp: Dlu isi minyak motor full 7 rgt je..td isi full dah 8 ringgit..dan si dungu masih lagi berkata “naik 20 sen je pon..itu pon nak kecoh”

F A Z Z ‏@lolapaly: Di sebabkan harga minyak naik , abe terus naik basikal pg kolej . Hhahaha


K’jaan tak boleh ikut kehendak individu/parti turunkan harga petrol

SHAH ALAM, 19 Nov: Kerajaan tidak boleh mengikut kehendak mana-mana individu dan parti politik dalam membuat keputusan untuk menurunkan harga petrol di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata keputusan menurunkan harga petrol itu hanya boleh dibuat sekiranya harga minyak mentah turun ke paras lebih rendah di pasaran dunia.

“Kita bukan buat keputusan berdasarkan demonstrasi atau mana-mana desakan… kita buat keputusan apa yang betul dan baik untuk rakyat dan jika pembangkang mahu mengadakan demonstrasi (desak turunkan harga petrol diturunkan) itu terpulang pada mereka.

“Keputusan menurunkan harga petrol dibuat berdasarkan data dan fakta, sekiranya OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) memutuskan supaya pengeluaran minyak dikurangkan, harga minyak dunia pasti akan naik…jadi mereka (pembangkang) mahu buat demonstrasi untuk apa?,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli bahawa parti itu akan mengadakan demonstrasi di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini sekiranya kerajaan gagal menurunkan harga petrol menjelang tarikh demonstrasi itu.

“Jika berlaku penurunan harga minyak mentah dunia di bawah tahap subsidi (kerajaan), saya sendiri akan mencadangkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya turunkan harga petrol berkadaran dengan harga minyak dunia,” katanya.

Mengulas mengenai harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara yang turun 20 sen seliter kepada RM2.55 seliter daripada RM2.75 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, Ahmad berkata langkah itu selaras dengan penurunan harga pasaran bahan api itu di pasaran dunia.

Jelasnya, harga runcit RON97 tidak ditentukan oleh subsidi kerajaan sebaliknya mengikut ‘apungan terurus’ dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.

– BERNAMA


KUALA LUMPUR 21 Nov. – MIC menyokong keputusan kerajaan menghapuskan subsidi petrol RON95 dan diesel berkuat kuasa 1 Disember ini dengan menetapkan harga runcit bagi kedua-dua bahan bakar itu mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.
Setiausaha Pemuda MIC, C. Sivarraajh berkata, tindakan itu dilihat dapat mengubah stigma masyarakat yang terlalu bergantung harap kepada pemberian subsidi.
“Pemansuhan subsidi bahan api merupakan langkah awal kerajaan dalam menghapuskan pemberian subsidi dan diharap akan disusuli dengan penghapusan subsidi barangan lain selepas ini.
“Pada masa yang sama, kita berharap kerajaan memantau harga barangan keperluan supaya tidak dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab terutama di luar bandar yang mungkin mengambil kesempatan di atas langkah kerajaan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menghapuskan subsidi petrol RON95 dan diesel berkuat kuasa 1 Disember ini dengan menetapkan harga runcit bagi kedua-dua bahan bakar tersebut. Langkah tersebut diambil bagi memastikan rakyat negara ini turut menikmati penurunan harga minyak mentah dunia sehingga 30 peratus.



Hapus subsidi RON95, diesel tindakan terkutuk & tidak bertanggungjawab

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dato’ Seri Najib Razak dan pentadbiran beliau yang mengorbankan kebajikan dan kepentingan rakyat apabila subsidi petrol RON95 dan diesel dihapuskan sepenuhnya bermula 1 Disember 2014, seperti yang diumumkan sebentar tadi.

Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi sama ada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara. Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya.

Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh pemerintah di Putrajaya.

Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat. Dalam keadaan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah terbukti tidak berniat untuk menghapuskan rasuah malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain, penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya menolak sepenuhnya penghapusan subsidi petrol dan diesel ini dan berazam akan terus bersama-sama aktivis dan rakyat menuntut harga minyak diturunkan bermula dengan demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014. Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan.

Sementara menunggu tekanan dari rakyat mengembalikan sistem subsidi petrol dan diesel, saya juga mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak berlaku adil dengan rakyat dengan serta-merta mengumumkan perkara-perkara berikut:

1. Membatalkan hasrat menetapkan harga petrol dan diesel melalui sistem apungan harga terkawal (managed floating pricing system) sebaliknya membenarkan syarikat-syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling. Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia juga memberi insentif kepada syarikat-syarikat minyak supaya lebih cekap dan tidak hanya bergantung kepada perlindungan kerajaan melalui harga seragam seperti yang berlaku sekarang. Melalui cara ini iaitu melaksanakan harga terbuka, syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pimpinan Barisan Nasional seperti PETRON akan mengalami kesukaran untuk bersaing kerana mereka bukanlah syarikat minyak yang mempunyai operasi berintegrasi di hiliran dan huluan;

2. Mengumumkan penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat untuk memastikan harga kereta akan lebih selari dengan harga pasaran seperti yang dibayar oleh pengguna di negara-negara lain. Selama ini Barisan Nasional memberi alasan rakyat terpaksa membayar cukai eksais kereta yang tinggi kerana kerajaan memberikan subsidi petrol dan diesel, alasan ini kini tidak boleh digunapakai. Jika harga petrol dan diesel ditetapkan mengikut kos dan pasaran, maka harga kereta juga perlulah mengikut harga pasaran.


Kegagalan atau keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan kedua-dua perkara di atas bermakna beliau mengundang kemarahan rakyat. Jika cukai-cukai kereta tidak dihapuskan, pentadbiran beliau dijangka mengutip RM17.3 bilion dari rakyat bagi segala jenis cukai kenderaan tahun depan tanpa sedikit pun dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.


Apa pun alasan Dato’ Seri Najib Tun Razak selepas ini, saya menyeru semua rakyat, NGO dan aktivis untuk turun beramai-ramai pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak dan dikembalikan sistem subsidi.

* Rafizi adalah Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Pandan

Next Previous Home