Friday, 20 January 2012

KIAMAT 2012 ( PREDIKSI )


Saya menulis artikel ini bukan, taksub atau sengaja mengembar-gemburkan tentang hari Kiamat,tetapi berkongsi dengan anda, tentang prediksi Kiamat,yang dikatakan akan berlaku pada 2012,yang kebanyakan kita sudah pun mendengar,membaca tentangnya,dari pelbagai sumber.

Tiada siapapun Manusia dapat mensahihkan, bila sebenarnya kiamat itu terjadi dan bagaimana ia akan berlaku,Namun  secara umumnya, ramai yang percaya akan datangnya hari kiamat, saya ajak anda mencari tahu prediksi-prediksi,tentang kiamat 2012,sekarang ini kita sudah berada di 2012.Jika tersalah tafsir perkara-perkara seperti ini,mungkin akan membawa kesan negatif kepada kehidupan kita,kerana ada yang takut untuk menghadapi hari  Kiamat.

Apa itu kiamat? Kiamat seperti yang diterangkan dalam Kitab-Kitab Agama,Islam dan Kristian, di Zaman Nabi Nuh,telah berlakunya, banjir besar, yang menenggelamkan,seluruh  isi di permukaan bumi,sehingga tiada satu pun makhluk hidup, selamat, kecuali yang dibawa bersama oleh Nabi Nuh ke dalam bahteranya,dan puncanya adalah dosa-dosa yang dilakukan oleh Manusia pada zaman itu,membuatkan, Nabi Nuh menyeru kepada Allah agar menurunkan azab, kepada Manusia yang tidak, menurut perintah Allah,lalu Allah berkenan dengan permintaan Nabi Nuh dan menurunkan Hujan serta membuka mata air di permukaan bumi,sebagai penyucian bumi dari dosa Manusia.
Juga ada diterangkan di Kitab-Kitab Agama,Kiamat yang akan berlaku seterusnya bukan, lagi banjir besar,tetapi api,yang akan membakar hangus isi-isi bumi,dan pertandanya yang utama,adalah, matahari akan terbit dari bahagian Barat bukan lagi di bahagian Timur,seperti asalnya.

Melalui apa yang dinyatakan didalam, kitab-kitab,para ilmuan,saintis dan astronomi dahulukala sehingga kini,telah membuat kajian tentang hari kiamat dan menemui teori-teori masing-masing,sehingga pelbagai prediksi timbul.

Diantara Teori-teori yang terkait dengan Kiamat 2012 adalah: ( Hanya peneranagan ringkas )

1: Kehadiran Mahluk Asing dari angkasa lepas yang datang ke Bumi untuk menculik Manusia,namun tiada fakta yang tepat tentang kewujudan Mahluk Asing di Planet lain.

2: Perang Armagedon,satu peperangan yang dasyat diantara orang yang baik dengan orang yang jahat,ini adalah teori org barat,kerana dari pernyataan alkibat injil, kejadian kiamat akan ada peperangan yang dasyat.

3: Seorang profesor yang gila akan mencuba experimennya, experimenya adalah menghasilkan suatu kuasa yang luar biasa,menghampiri kelajuan cahaya dengan mengunakan tenaga 1 trillion volt,dan pembinaan terowong sepanjang 50km,dan kesilapan yang berlaku pada experimen tersebut mungkin akan membawa kesan kepada keseimbangan alam, sehingga berlakunya gempa bumi, seperti letupan loji nuklear di Jepon yang dilanda tsunami lalu,teori ini terkait dengan kiamat.

4: Kalender Maya,yang berakhir pada 21 Disember 2012,dikaitkan dengan Kiamat,kerana selepas 21 Disember 2012 tiada lagi tarikh lain selepasnya,sehingga andaian, dibuat menyatakan selepas 21 disember berakhirnya zaman,atau dunia.namun apa berlaku pada 21 disember,iaitu hari terakhir, tidak pula dinyatakan.

keterangan mengenai kalender Maya:
http://en.wikipedia.org/wiki/Maya_calendar

video tentang Kalender Maya

5: Penyakit, Prediksi ini mengandaikan kepupusan manusia, akibat merebaknya penyakit berjangkit yang tak terkawal,Jika Penyakit menyebabkan, kematian, ianya adalah benar,tetapi adakah dakwaan sebegini berlaku pada 2012 ? entahlah.

6: Solar Flare atau pembesaran Matahari,menurut kajian Nasa,pembesaran Matahari berlaku pada sekitar 2012 atau 2013,menyebabkan bahang panas Matahari,terlalu dekat dengan bumi,sehingga bahang panas matahari menjilat bumi,menyebabkan kemusnahan di bumi.adakah aktiviti matahari ini benar?


7 Terjadinya perang Biologi,iaitu perang yang mengunakan senjata-senjata berat seperti nuklear yang mampu menghancurkan sehingga beberapa kilometer jaraknya.dan menghasilkan radiasi tahap tinggi,mengancam kehidupan di bumi,

8: sebuah meteor raksasa atau komet akan jatuh kebumi,meyebabkan kemusnahan bumi.


9: Sebuah planet x akan atau planet merah berukuran 2/3 ukuran bumi akan melintasi Sistem Suria,dengan kehadiran Planet x ini, menyebabkan sumbu kutub bumi,bergeser.


10: Galactic Aligment atau Galacatic sejajarnya,terjadi ketika kedudukan matahari sejajar diantara lubang hitam di galaksi dengan bumi,menyebabkan daya graviti dibumi terganggu.

Itulah beberapa teori kejadian-kejadian yang dikaitakan dengan kemusnahan di bumi yang diperkirakan berlaku pada 2012, walaupun sebegitu andaianya,tiada fakta yang kuat menyatakan apa sebenarnya yang akan berlaku pada bumi di tahun 2012,sama-samalah kita nantikan.samaada teori-teori ini benar atau tidak.
Teori-teori diatas juga telah digunakan, oleh Industri Perfileman barat,menerbitkan filem-filem mereka,seperti,end of the day 2012,the doomday,armagedon,dan sebagainya.untuk membayangkan bagaimana suasana kejadianya.
Apa yang saya paparkan disini adalah ringkasanya,jika menarik perhatian anda,
Untuk keterangan lanjut mengenai pradiksi-pradiksi diatas boleh anda baca di:
http://www.endoftheworld2012.net/


kiamat-kiamat kecil telah pun nampak,dimana kejadian bencana alam,telah mengorbankn beribu-ribu jiwa,dan berjuta-juta kerugian serta beberapa kilometer keluasan musnah.

Kiamat besar atau akhir zaman adalah benar akan berlaku namun, bila dan bagaimana ,tiada siapa yang tahu,saya menyokong,kerana ada, dinyatakan dalam Al Quran dan kitab Injil,tentang hari kiamat,tiada yang kekal di dunia,semuanya adalah bersifat sementara,sampai masanya apa yang wujud akan lenyap,kelahiran akan ada kematian,setiap permulaan pasti ada pengakhiranya,begitu juga dengan bumi dimana kita Manusia berpijak,percayalah kepada kekuasaan Allah.untuk bertaubat,jangan tunggu,gembar-gemburnya hari kiamat,kiamat itu tetap ada bila-bila masa dalam kehidupan kita yang lalai dari memperingatkan diri tentang Allah.dasyatnya kiamat itu belum lagi sedasyat dosa-dosa kita manusia,mengapa? kerana dosa dan kejahilan manusialah puncanya kiamat,sebenar,dan nyata.







KIAMAT MENURUT AL QURAN

APABILA SANGKAKALA DITIUP....

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lanur

Title: KIAMAT 2012 ( PREDIKSI ); Written by clickerz; Rating: 5 dari 5

No comments:

Popular Posts

RECENT POST